Seorang kanak-kanak menangis teresak-esak selepas jarinya tersangkut pada besi penampan skru.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan bermain dengan besi penampan skru yang ditemui di luar rumahnya di Sungai Petani pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kanak-kanak itu dibawa ibu bapanya ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Begitupun, pihak hospital tidak dapat mengeluarkan besi itu lalu menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan mengeluarkannya.

“Setibanya di hospital, anggota mendapati jari kanak-kanak itu masih tersangkut.

“Anggota terpaksa memotong besi itu dengan menggunakan peralatan khas dan mengambil masa 10 minit untuk menanggalkan penampan skru berkenaan,” katanya.