Keluarga seorang gadis yang dilaporkan keluar dari rumah mereka di Pulau Duyung di sini sejak enam hari lalu, merayu agar gadis itu, Marrissa Maya Farhanna Mahat, 21, pulang kepada keluarganya.

Menurut kakaknya, Zettira Ezette Farhanna, adiknya keluar rumah pada 29 Sept lalu tanpa membawa apa-apa keperluan peribadi.

Katanya dia hanya menyedari Marrissa tiada di biliknya kira-kira 9.45 malam hari tersebut.

"Kereta jenis Chevrolet Optra berwarna emas, nombor pendaftaran WGV833 yg sering digunakan oleh Marrissa juga didapati tiada di perkarangan rumah," katanya.

Zettira berkata laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 4.46 pagi 30 Sept lalu.



Katanya sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan tentang kehilangan Marrissa.


Tiada perselisihan faham berlaku antara Marrissa dan keluarganya yang boleh menjadi punca Marrissa bertindak keluar dari rumah

Justeru Zettira kini mengharapkan kerjasama daripada orang ramai bagi membantu mencari adiknya itu selain meminta bantuan polis.

Sebarang maklumat boleh hubungi Zettira Ezette Farhanna di talian 017-9746520 atau 019-5433934. -- Bernama