Pengerusi kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong telah membayar pemberi maklumat 1MDB, Xavier Justo sebanyak US$2 juta (RM8.2 juta), mengatakan ia adalah "hadiah" dalam usaha beliau mendedahkan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut laporan oleh The Edge dalam edisi dalam talian, jumlah itu dibayar kepada Justo pada Khamis (31 Jan), ketika Justo dan keluarganya bertemu dengan Tong dan Ketua Eksekutif, Ho Kay Tat.

"Hadiah kepada Justo adalah menghargai sumbangannya kepada Malaysia dalam membantu mendedahkan kleptokrasi kerajaan lalu.

"Tanpa Justo, salah laku 1MDB, seperti yang didedahkan oleh The Edge tidak mungkni berlaku," tambah Tong dipetik Akhbar The Edge.

Justo melahirkan rasa terima kasihnya kepada Tong.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tong. Hadiah dari dia akan jauh membantu saya dan keluarga saya membina semula kehidupan kita.

Sebelum ini, Javier Justo hadir di wawancara eksklusif bersama Astro AWANI yang mana beliau menyatakan bahawa beliau 'tidak kisah' jika beliau dibayar atau tidak oleh The Edge.




Tonton: Temuramah eksklusif Javier Justo bersama Astro AWANI