Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, kepada pertubuhan Malaysian Trades Union Congress (MTUC).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JPPM berkata notis dikeluarkan pihaknya setelah menerima aduan pada 2 Julai 2019 berkenaan pengurusan pertubuhan Malaysian Trades Union Congress (MTUC) yang didakwa tidak diuruskan dengan baik dan seterusnya menjalankan siasatan.

“Sebagai sebuah Jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Jabatan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

“JPPM telah menerima aduan pada 2 Julai 2019 berkenaan pengurusan pertubuhan Malaysian Trades Union Congress (MTUC)yang tidak diuruskan dengan baik.

“Sehubungan dengan itu, JPPM telah membuka Kertas Siasatan Aduan pada 29 Ogos 2019 dan seterusnya menjalankan siasatan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Selanjutnya pada 18 Disember 2019, JPPM telah mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 13(2) iaitu Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan,” menurut kenyataan itu lagi.

Susulan itu juga, MTUC diberi tempoh selama 30 hari daripada tarikh notis untuk memberi jawapan balas mengapa MTUC tidak patut dibatalkan.

Pihak JPPM juga dalam masa yang sama telah mengeluarkan Notis 13 (2A) iaitu Perintah Penggantungan ke atas MTUC bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar mana-mana aturan pertubuhannya.

JPPM turut mengeluarkan ingatan bahawa setiap pertubuhan berdaftar dikehendaki menjalankan aktiviti dan urusan-urusan mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Kenyataan media JPPM berhubung penggantungan MTUC.

Pihak JPPM juga dalam masa yang sama telah mengeluarkan Notis 13 (2A) iaitu Perintah Penggantungan ke atas MTUC bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar mana-mana aturan pertubuhannya.

Jelas kenyataan itu lagi, setiap pertubuhan berdaftar hendaklah menjalankan aktiviti dan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].