Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan pasukan penguatkuasaan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan Hentian Sebelah sepanjang Ops Bersepadu sempena Aidilfitri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata mereka akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
"Contohnya di Teminal Bersepadu Selatan (TBS), mereka akan memeriksa bas sebelum ia memulakan perjalanan. Ada tempat-tempat lain dan kita tahu hotspot itu tetapi kita tak boleh dedahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Datuk Rosli Isa.
Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Datuk Suret Singh dan Pengerusi AEON Credit Service (M) Bhd Ng Eng Kiat.
Ops bersepadu itu yang bertemakan 'Pandu Cermat, Sampai Selamat' bermula hari ini sehingga 12 Jun.
Loke berkata bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini pada musim perayaan, pengguna jalan raya khususnya yang tidak memandu dan menunggang boleh melaporkan kesalahan yang dilakukan individu kepada JPJ.
Dalam pada itu, beliau berkata saman yang dikeluarkan agensi penguat kuasa bukanlah bertujuan menghukum sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada pengguna supaya mengikut peraturan dan mengutamakan keselamatan.
Terdahulu, Loke dalam ucapannya berkata kempen serupa yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini menyaksikan angka kemalangan berkurangan daripada 21,041 pada tahun lepas kepada 20,829 kemalangan pada tahun ini.
"Untuk tempoh yang sama, sebanyak 197 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 208 kematian pada tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 11 kes kematian dan saya berpandangan angka kematian itu masih tinggi dan saya berharap semua pihak berusaha mengurangkan angka ini.
"Berdasarkan kepada statistik yang lepas, kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di jalan Persekutuan, jalan bandaran dan jalan luar bandar. Oleh itu saya mengharapkan PDRM dan JPJ memberi tumpuan kepada operasi mereka di jalan-jalan ini," katanya.
Loke berkata penguatkuasaan juga perlu dibuat dengan lebih banyak terhadap penunggang motosikal yang menyumbang sebanyak 63 peratus kemalangan maut.
Selain itu, katanya hampir 35 peratus penunggang motosikal maut akibat tidak menggunakan topi keledar dan ia perlu diberi perhatian yang serius.
Pada majlis itu, beliau turut melawat pameran keselamatan dan mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
Loke (tiga kiri) melihat aplikasi DriveMark melalui telefon pintar pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 di AEON Mall Nilai hari ini. --fotoBERNAMA
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Fokus siasatan nahas helikopter TLDM di Lumut
Bersama ditalian, Kapten Manan Mansor, Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.