Usahawan yang sedang dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho dipercayai menjadi penghubung berkenaan isu derma yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, beberapa pucuk surat berkenaan derma itu juga diterima oleh Ambank dan beliau sendiri daripada Jho Low pada ketika itu selaras dengan derma-derma tersebut.
“Sekitar pertengahan 2010, Jho Low memberitahu saya bahawa King (Raja) Abdullah (Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud) bersetuju untuk memberikan saya sokongan dalam bentuk derma peribadi.
“Pada ketika itu saya tidak diberitahu berapa jumlahnya atau tarikh kecuali derma tersebut akan diuruskan melalui anak Baginda.
“Jho Low memberitahu saya bahawa beliau akan maklumkan kepada saya butiran lanjut apabila hal yang sama diberitahu kepada beliau,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu.
BACA: Najib dedah bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud
BACA: Derma RM2.6 bilion tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi - Saifuddin
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada tahun 2010, Jho Low mengesahkan bahawa derma tersebut akan dimasukkan.
Tambahnya, sejumlah wang yang mana dipercayai adalah derma daripada Raja Abdullah sebagai tanda sokongan baginda diterima dari 2011 sehingga 2014.
"Bagaimanapun jelasnya, tiada jumlah khusus yang diberitahu kepadanya mengenai jumlah derma tetapi dimaklumkan Jho Low ia berkemungkinan sekitar RM418 juta (AS$100 juta) sehingga RM836 juta (AS$200 juta).
“Ia mungkin kelihatan banyak tetapi saya mengetahui bahawa keluarga diraja Saudi terkenal dengan sifat pemurah yang mana sebelum ini telah mendermakan sejumlah wang yang besar kepada pelbagai Yayasan di US (Amerika Syarikat) termasuklah Yayasan Clinton dan kepada negara lain seperti Mesir, Pakistan, Palestin sebagai sebahagian daripada hubungan luar dan polisi diplomatik,” ujarnya.
BACA: Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 04 2019
Jho Low dipercayai menjadi penghubung berkenaan isu derma yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi, kata Najib Razak di mahkamah pada Rabu. - Gambar fail Astro AWANI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.