Sebahagian besar sekolah dan kolej di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diarah tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat melebihi 200 pada Rabu.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata arahan itu dibuat berdasarkan bacaan IPU pada pukul 10.15 pagi di stesen Petaling Jaya dan 11 pagi di stesen Batu Muda.

Berikut kenyataan media Kementerian Pendidikan dan senarai sekolah terbabit:
Kenyataan media penutupan sekolah oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kenyataan itu turut meminta pihak sekolah agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Astro AWANI akan mengemas kini perkembangan terbaharu dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.