Pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang bahaya dan kesan buli boleh menghindarkan daripada terjadinya kes yang lebih serius.
Tinjauan Awani Rangers UUM ke program "Say No To Bully" anjuran Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights di sini mendapati program tersebut sedikit sebanyak menyuntik pemahaman kepada pelajar tentang isu buli yang melibatkan para pelajar.
Ceramah berkenaan buli disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Institut Teknikal Jepun - Malaysia, Ulya Ahmad Zakuan.
"Gejala buli bukan hanya terhad kepada buli fizikal seperti memukul, malah perbuatan memerli dan mengejek rakan yang lain juga adalah antara perbuatan buli psikologi yang jarang diberi perhatian oleh masyarakat," katanya ketika ditemui Awani Rangers UUM, baru-baru ini.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan melalui program ini pelajar juga diberi pencerahan dan kesedaran tentang bagaimana untuk mengelak perbuatan buli.
Ini kerana, masih ada yang menganggap ia sebagai norma kononnya tidak termasuk dalam tindakan membuli.
Guru Kaunselor Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights, Norhayati Ibrahim turut berharap, ibu bapa perlu ambil peduli dan memberi perhatian sewajarnya disamping usaha pihak sekolah.
"Ini akan dapat mencegah dari terjadinya kes yang lebih serius seperti kes yang kerap tular di media sosial yang sangat meresahkan," katanya.
Program ini disertai hampir 1,000 pelajar sekolah rendah sekitar Daerah Kubang Pasu.
* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UUM Amir Faruqi Ahmad Fadzli dan Hanie Maisarah Ahmad Rasidi. Suntingan: Dr Mohd Idzwan Yacob
**AWANI Rangers UUM adalah hasil inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Utara Malaysia (UUM)
Awani Rangers UUM
Mon Nov 13 2017
Gejala buli bukan hanya terhad kepada buli fizikal seperti memukul, malah perbuatan memerli dan mengejek. - Gambar fail
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Jangan sampai mereka jadi pembunuh!
Gejala buli bukan hanya terhad kepada buli fizikal seperti memukul, malah perbuatan memerli dan mengejek rakan yang lain juga adalah antara perbuatan buli psikologi yang jarang diberi perhatian.