Jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru menegaskan pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenai penganjuran Majlis Iftar Muhibbah Bersama Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, pada Selasa.
Pengerusinya, Manjit Singh berkata, majlis tersebut dirancang oleh salah seorang ahli biasa Gurdwara Sahib Johor Bahru dan tidak membabitkan sebarang ahli jawatankuasa kuil Sikh itu.
“Malah tiada sebarang jemputan mengenai majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Johor Bahru itu dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa mahupun ahli Gurdwara Sahib Johor Bahru.
“Tiada sebarang surat rasmi mengenai penganjuran majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Johor Bahru itu dikemukakan kepada pihak jawatankuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Manjit berkata, pihak Jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru turut ingin menegaskan bahawa pihaknya tidak terbabit dalam sebarang penganjuran mahupun perbelanjaan majlis tersebut.
“Ahli biasa itu hanya memaklumkan mengenai satu majlis akan diadakan pada 29 Mei 2019 bertempat di Dewan Makan kepada dirinya pada Ahad lalu.
“Pihak jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru amat kesal dengan perkara ini kerana ia telah mengundang pelbagai persoalan dan perkara ini amat sensitif,” katanya.
BACA: Anggota Parlimen Johor Bahru berbuka puasa di Gurdwara Sahib
Beliau berkata, Gurdwara Sahib Johor Bahru sentiasa mengalu-alukan kehadiran masyarakat pelbagai bangsa dan agama, namun jawatankuasa akan memastikan sebarang program dianjurkan melibatkan kehadiran agama atau bangsa lain, dirujuk kepada pihak atau jabatan berkaitan,” katanya.
Sinar Harian
Wed May 29 2019
Pada Selasa, Akmal berbuka puasa di Gurdwara Sahib Johor Bahru, biarpun setelah dikritik dan dibantah ramai pihak. Facebook Akmal Nasir
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
Timbalan Ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
Isu berbuka puasa, AJK kuil tidak dimaklumkan - Manjit Singh
Pengerusinya, Manjit Singh berkata, majlis tersebut dirancang oleh salah seorang ahli biasa Gurdwara Sahib Johor Bahru dan tidak membabitkan sebarang ahli jawatankuasa kuil Sikh itu.