Insiden lebih 200 tong mengandungi bahan kimia yang terbakar dan meletup di Jalan Kapar Batu 16 Kampung Tambak Jawa, Jeram, Kuala Selangor dekat sini pada Isnin, terjadi ekoran sabotaj pihak tidak bertanggungjawab.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian berkata, hasil siasatan yang dilakukan, menemukan kesan tetakan parang pada 14 tong menyebabkannya bocor, sehingga cecair bahan kimia tersebut mengalir keluar sebelum ia dibakar.
Beliau berkata siasatan mendapati, ada pihak menceroboh masuk ke lokasi tersebut untuk melakukan sabotaj, walaupun pemantauan berkala sedang dilaksanakan agensi berkaitan, dipercayai ekoran isu mengenai penemuan tong-tong tersebut dibuang di situ disiarkan media.
"Memang pada Rabu lepas kami ada terima laporan mengenai penemuan 270 tong berisi bahan kimia dibuang di dua tempat di lokasi tersebut. Sebanyak 244 tong dibuang di satu tempat dan 26 tong lagi di tempat berikutnya, dalam jarak kira-kira 500 meter.
"Kita sedang menunggu permit melupuskan bahan itu. Namun, ada pihak ceroboh dan lakukan sabotaj. Sebanyak 14 tong daripada 244 tong telah ditetak hingga bocor, sebelum dibakar. Bahan kimia itu tidak berbahaya cuma ia mudah meletup," katanya dalam satu sidang media selepas melawat lokasi berkenaan, di sini pada Selasa.
BACA: MPMA dan MPRA mahu penguatkuasaan lebih tegas bagi pembuangan sisa
BACA: Kebakaran dan letupan di kawasan tempatkan 270 tong bahan kimia
Hee tidak menolak kemungkinan kebakaran itu terjadi disebabkan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang tong-tong tersebut, dan cuba untuk menghapuskan barang berkenaan.
"Pada Sabtu atau Ahad mungkin mereka datang semula untuk sabotaj dan bakar tong-tong tersebut. Siasatan polis juga menemukan sebilah parang pemotong ikan serta satu penyodok di lokasi kejadian," katanya.
Jelas beliau lagi, berdasarkan maklumat penduduk sekitar, ada yang terlihat sebuah lori mengangkut tong-tong itu masuk ke kawasan tersebut, sebelum kejadian dan hasil semakan mendapati, kenderaan terbabit disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dilakukan buat masa ini dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam insiden terbabit, memandangkan tong-tong tersebut tidak mempunyai sebarang label.
Kata beliau, pemilik tanah persendirian itu juga telah dihubungi, namun beliau memaklumkan tidak mengetahui bahawa tanahnya seluas sembilan hektar itu menjadi sasaran lokasi pembuangan sisa bahan kimia.
Tambah Hee, siasatan awal mendapati kesemua tong yang dibuang di lokasi kejadian disyaki mengandungi bahan buangan terjadual seperti SW 303 iaitu buangan pelekat atau glu, SW 321 (buangan getah) dan SW 322 (buangan pelarut organik).
Namun katanya, sampel bahan kimia itu masih dianalisis dengan lebih teliti Jabatan Kimia Malaysia dan laporan penuh mengenainya akan siap dalam masa terdekat.
Hee turut menyeru penduduk di sekitar kawasan tersebut supaya tidak cemas atau risau apabila terbau bahan kimia tersebut kerana ia tidak berbahaya dan tidak beracun.
Beliau berkata ekoran insiden itu, Kerajaan Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM1 juta untuk proses pembersihan sepenuhnya, yang dilaksanakan oleh syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd dan dijangka mengambil masa lima hingga tujuh hari.
Tegas beliau, lokasi itu kini di bawah pemantauan pihak polis bagi mengelakkan kejadian sama berulang, memandangkan sisa bahan kimia itu masih berpotensi untuk terbakar dan meletup semula, sehingga ia dibersihkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Hee Loy Sian (lapan, kiri) melawat ke kawasan pembuangan sisa bahan kimia di Kampung Tambak Jawa Jeram di Kuala Selangor, 26 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.
Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.
Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.
Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia
Wakil premis iaitu seorang lelaki berumur lewat 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.
Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar
Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan cecair mudah terbakar.
61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
10 jenis bahan kimia asing ditemui dalam badan Taylor Hawkins
Ini termasuk THC yang terkandung dalam ganja, antidepresen trisiklik, benzodiazepina dan opioid.
JAS Perak siasat bau kimia sekitar Simpang Pulai
Bau busuk itu dikatakan dikesan sangat kuat di sepanjang Jalan Lahat-Simpang Pulai.