Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan pada Selasa, namun masih kekal pada angka dua digit.

Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada Sabtu.

1. 38 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,857 kes.

2. 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih
sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,404 kes.

3. Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 115 kes.

4. Negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu yang perlu ditangani bersama, iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara.

5. Pemantauan dan pengawasan bagi kluster Madrasah Ayer Merbau, kluster kampung Baru dan kluster Malayan Mansion tamat hari ini.