PROJEK jambatan bengkok yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri ke-4 menjadi kontroversi susulan perbezaan pendapat berhubung pelaksanaannya.

Mengikut perancangan asal, jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang juga dikenali sebagai Jambatan Indah sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Namun projek itu tidak diteruskan dua perdana menteri berikut sehinggalah desas-desus berkenaannya bertiup kencang selepas Dr Mahathir kembali memegang tampuk pemerintahan kerajaan.

Berikut ialah infografik kronologi projek jambatan tersebut.

xxx