Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Semenanjung Malaysia.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, buat masa ini kementeriannya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jawatankuasa Kajian UEC.
"Bagi Semenanjung Malaysia, kita masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Kajian UEC yang telah kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah-Sekolah Parlimen Simpang Renggam di sini, hari ini.
BACA: Keputusan iktiraf UEC hanya boleh dibuat kerajaan - Dr Mahathir
BACA: Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf
BACA: TVET terima lulusan UEC
Ditanya mengenai kerajaan Sabah yang sudah mengiktiraf UEC, Maszlee berkata, itu keputusan Kerajaan Negeri berkenaan.
Malam tadi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada sambutan Festival Kuih Bulan di Kota Kinabalu dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.
"Kerajaan Negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini," katanya seperti dilaporkan.
BACA: Sabah iktiraf UEC sebagai syarat masuk IPTA, perkhidmatan awam negeri
BACA: Kementerian tunggu laporan lengkap kes guru ketip telinga murid guna dawai kokot
Mengulas mengenai seorang murid lelaki Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Likas, Sabah, yang mendakwa guru menghukumnya dengan stapler sehingga luka di telinga kiri akibat tidak menyiapkan kerja sekolah, dua hari lepas, Maszlee berkata pihaknya sedang menunggu siasatan mengenainya.
"Kita (Kementerian Pendidikan Malaysia) masih tunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebab kita mahu siasatan lengkap mengenainya," katanya.
Mengenai program Sentuhan Kasih SPM dan STPM Sekolah-Sekolah Parlimen Simpang Renggam yang turut dihadiri angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, Maszlee berkata ia diharap dapat meningkatkan semangat para pelajar di kawasan Parlimen itu untuk berjaya dalam peperiksaan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
MASZLEE: Bagi Semenanjung Malaysia, kita masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Kajian UEC yang telah kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke kabinet. - Gambar fail
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
10 wanita Malaysia tempa nama di peringkat antarabangsa
Berikut adalah senarai 10 wanita Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.
Misi Artemis ke bulan ditangguh ke 2026
Terdapat banyak komponen yang perlu diuji seperti bateri dan litar yang mengawal sistem hayat penting seperti suhu dan kitaran udara.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rasai pengalaman luar biasa di Pesta Cahaya Sains Angkasa
Lin berkata, setakat ini lebih 50,000 pengunjung sudah melawat ke pesta yang berkeluasan 100 meter persegi itu.
Empat angkasawan kembali ke bumi selepas enam bulan di angkasa - NASA
Selepas kira-kira enam bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dua warga Amerika, seorang angkasawan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu telah selamat kembali ke Bumi, menurut NASA pada Isnin.
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi
Selepas lebih enam bulan bertugas di stesen angkasa lepas, tiga angkasawan China kembali dengan selamat ke bumi pada Ahad.
China sasar jayakan misi manusia mendarat di bulan menjelang 2030
China menyasarkan untuk menyempurnakan misi pendaratan manusia di Bulan menjelang 2030, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Rusia hantar angkasawan ke bulan pada 2030
Pada masa yang sama, NASA berharap untuk menghantar semula angkasawan ke bulan menjelang 2025.
Arab Saudi rancang hantar angkasawan wanita ke angkasa lepas
Kerajaan sedang giat mempromosikan sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030.
Angkasawan dengan rekod paling lama di angkasa lepas, Valery Polyakov, meninggal dunia
Valery Polyakov mencatat tempoh selama 437 hari di angkasa lepas bermula 8 Januari 1994.