Kumpulan Anak Kelantan Prihatin kesal dengan dakwaan penyanyi Ariz Ramli atau Caprice yang mengatakan negeri itu mencatat angka terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.
Jurucakapnya Norlida Daud berkata, perbuatan berkenaan menunjukkan ianya kenyataan ego Caprice selaku seorang artis tempatan dan menyinggung rakyat negeri itu.
"Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat di laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai penceramah bebas, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
"Saya bersama beberapa anak Kelantan yang kini berada di Lembah Klang telah membuat laporan polis terhadap Caprice kerana kenyataannya menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris.
"Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Jelasnya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada petang Ahad (18 Ogos) dan dikuti oleh beberapa individu dari Kelantan secara berasingan.
Dalam pada itu tegas Norlida, salinan video berkenaan juga telah dimuat naik oleh di laman media sosial, Instagram.
Asyraf Roslan
Mon Aug 19 2019
Kumpulan Anak Kelantan telah membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan Caprice atau yang dilihat sebagai menghina rakyat Kelantan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Ahad. - Sumber foto Kumpulan Anak Kelantan
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice
Kumpulan Anak Kelantan Prihatin kesal dengan dakwaan penyanyi Ariz Ramli atau Caprise yang mengatakan negeri itu mencatat angka terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.