Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti pembakaran terbuka susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini bagi mengelakkannya daripada merebak dengan pantas hingga sukar dikawal.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata panggilan kecemasan yang diterima pihaknya meningkat bagi kebakaran di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah melibatkan tanah berkeluasan ratusan ekar.
"Ia termasuk Hutan Simpan Kuala Langat, Selangor dan Tapak Pelupusan Sampah Semeling, Kedah. Kita akan melakukan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot berlakunya kebakaran selain melaporkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar.
"Kita harap orang ramai dapat bersama menjaga kepentingan alam sekitar dan mencegah kebakaran bagi mengelak asap tebal dan berlakunya jerebu serta udara tidak sihat yang memudaratkan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran di sini, pada Rabu.
Sementara itu, beliau berkata kira-kira 85 peratus daripada 6,500 bangunan di seluruh negara mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) termasuk bangunan milik kerajaan, hotel, industri dan perniagaan yang tertakluk kepada Akta 341 Akta Perkhidmatan Bomba (APB) 1988.
Mohammad Hamdan berkata masih terdapat segelintir pihak memandang remeh soal keselamatan kebakaran di bangunan terutamanya yang berisiko tinggi disebabkan kurangnya kesedaran terhadap kesan musibah yang akan berlaku di kemudian hari.
"Terdapat banyak bangunan yang ada pada hari ini dikesan telah diubah suai reka bentuk asalnya secara tidak sah termasuk komponen dan sistem kebombaan yang telah ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 selain tidak diselenggara dengan baik," katanya.
Semua pemilik premis yang tidak mempunyai FC, katanya, telah diberi notis supaya mereka memohon sijil berkenaan dengan segera demi keselamatan penghuni.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
MOHAMMAD HAMDAN: Kita harap orang ramai dapat bersama menjaga kepentingan alam sekitar dan mencegah kebakaran bagi mengelak asap tebal dan berlakunya jerebu serta udara tidak sihat. - Gambar fail
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.