Pelantikan Anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membantu kementerian itu menangani isu-isu kepenggunaan berbangkit terutama di kalangan pengguna di Sarawak dan Sabah.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata banyak isu kepenggunaan termasuk melibatkan pengguna di dua negeri itu yang memerlukan perhatian.
"Sebagai anggota Parlimen dari Sarawak, beliau pastinya lebih faham kehendak dan keperluan rakyat tempatan di Sarawak dan Sabah khasnya dalam hal kepenggunaan.
"Walaupun KPDNKK ada pegawai di setiap negeri, isu-isu yang berkaitan pengguna perlu dibangitkan untuk perhatian di peringkat lebih tinggi dalam kerajaan," katanya kepada Bernama.
Dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam, Henry Sum merupakan antara tiga timbalan menteri baharu dalam barisan pentadbiran Najib.
Dua lagi ialah Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Anggota Parlimen Silam Datuk Nasrun Datu Mansur sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Henry Sum menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang memegang jawatan Timbalan Menteri KPDNKK sebelum ini.
Jawatan itu kosong sejak Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar Kedah, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada 4 Feb lalu.
Bernama
Tue Jun 28 2016
Pelantikan Datuk Henry Sum Agong (gambar) dijangka akan membantu kementerian itu menangani isu-isu kepenggunaan berbangkit terutama di kalangan pengguna di Sarawak dan Sabah. - Gambar fail
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
Syarikat penerbangan domestik setuju tambah frekuensi penerbangan
Syarikat-syarikat penerbangan domestik bersetuju menambah frekuensi penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan sebagai langkah menangani masalah harga tiket yang tinggi.
Lebih 900 wanita pilih kerjaya sebagai pelaut
Ramai juga dalam kalangan pelaut wanita menerajui jawatan penting termasuk kapten kapal, ketua pegawai kapal dan ketua jurutera.
Sistem AWAS masih kekal beroperasi
Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih beroperasi.
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Tiga rang undang-undang itu ialah RUU MyIPO (Pindaan) 2017, RUU MAVCOM (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
Harga runcit bahan api secara mingguan adil kepada pengguna, industri
Dewan Negara diberitahu hari ini bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan merupakan mekanisme yang memberi kesan segera dan adil kepada pengguna serta industri.
Menteri, Timbalan Menteri baharu angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan selepas rombakan Kabinet yang diumumkan semalam.
Henry Sum boleh bantu ketengah isu kepenggunaan Sarawak, Sabah - FOMCA
Pelantikan Datuk Henry Sum Agong dijangka akan membantu kementerian itu menangani isu-isu kepenggunaan berbangkit terutama di kalangan pengguna di Sarawak dan Sabah.
Anggota Parlimen Lawas Henry dilantik Timbalan Menteri
Antara isu-isu yang akan diberi keutamaan beliau nanti ialah yang berkaitan dengan penyeludupan di sempadan Sarawak dan Sabah, dengan negara jiran Indonesia.
Akta baharu bantu individu bankrap dibentang di Parlimen tahun depan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata setelah deraf undang-undang itu dimuktamadkan, ia akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.