Harga petrol RON95 naik tujuh sen dari RM1.31 seliter kepada kepada RM1.38 seliter bermula 12 tengah malam nanti.

Harga runcit bagi RON97 juga naik tujuh sen seliter iaitu dari RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi minyak diesel naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.45 seliter kepada RM1.51 seliter.

Harga tersebut adalah bagi tempoh 23 Mei 2020 hingga 29 Mei 2020.

"Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

"Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara," ujar kenyataan daripada Kemeneterian Kewangan.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik APM).