Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.40 seliter bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020.

Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan harga runcit diesel turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.14 seliter kepada RM2.13 seliter.

Dengan pengekalan harga runcit produk petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter, anggaran tanggungan subsidi Kerajaan bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020 adalah berjumlah RM6.12 juta.