Harga runcit diesel turun sebanyak 3 sen seliter, manakala RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan penurunan harga runcit diesel turun daripada RM1.46 seliter kepada RM1.43 seliter.

Kementerian tersebut juga berkata harga runcit produk petroleum berkenaan berkuat kuasa 18 hingga 24 April ini.

Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.