Keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap misi pencarian yang disambung semula dapat menjejaki pesawat yang hilang hampir empat tahun dan merungkai misteri kehilangannya.
Mereka juga berharap bahawa usaha pencarian MH370 tidak akan dihentikan sehingga pesawat tersebut ditemukan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu mengumumkan bahawa pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengahan Januari berikutan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan syarikat eksplorasi dasar laut dari Amefrika Syarikat, Ocean Infinity untuk mencari pesawat tersebut berdasarkan terma "no cure, no fee" yang bermakna pembayaran hanya dibuat jika pesawat tersebut ditemukan.
Misi utama kapal itu ialah mengenal pasti lokasi bangkai pesawat dan/atau kedua-dua perakam penerbangan; Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR).
BACA: Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Grace Nathan, seorang peguam dari Malaysia yang ibunya, Anne Daisy, ialah antara penumpang pesawat tersebut berkata dia mengharapkan semoga usaha yang akan dijalankan oleh pakar-pakar dan kru dalam menjejaki MH370 akan berjaya serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Ocean Infinity kerana menawarkan terma 'no cure, no fee' kepada kerajaan. Saya juga gembira bahawa kerajaan bersetuju supaya misi pencarian MH370 disambung semula. Pencarian harus diteruskan.
"Kami berharap pencarian ini melalui Ocean Infinity yang mempungai peralatan serba canggih dapat menjejaki MH370 dan mengakhiri episod sedih ini bagi kita semua," kata beliau kepada Bernama ketika ditanya mengenai perkembangan terkini.
Seorang lagi waris, Calvin Shim, yang isterinya Christine Tan adalah pramugari dalam pesawat yang hilang itu berkata beliau masih berharap bangkap pesawat Boeing 777 itu ditemukan terutama dalam kitaran pertama 26 hari oleh Ocean Infinity.
"Ini kerana pencarian kitaran pertama didasarkan meliputi 25,000 kilometer persegi seperti dikaji semula mengikut Kajian Prinsip Pertama oleh Biro Kelamatan Pengangkutan Australia (ATSB). Menurut ATSB, 85 peratus kebarangkalian serpihan pesawat adalah di sana.
"Kedua, disebabkan tidak ada apa-apa ditemukan di kawasan pencarian awal 60,000 kilometer persegi dan kawasan pencarian seterusnya merangkumi 60,000 kilometer persegi, satu-satunya harapan kita ialah di kawasan ini.
"Jika tiada apa-apa ditemukan dalam kawasan 25,000 kilometer persegi, Ocean Infinity akan meneruskan pencarian selama 64 hari lagi dengan memperluaskan kawasan pencarian atas nasihat pasukan pakar," kata beliau.
Sementara itu, Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat malang itu, Andrew Nari berkata: "Hampir empat tahun. Secara jujur, saya menaruh harapan (dengan perkembangan terbaru). Semoga berjaya dalam misi ini".
Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang dari skrin radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Australia, Malaysia, dan China secara bersama menggantung usaha mencari di dasar laut bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas.
Tiada tanda-tanda pesawat tersebut ditemukan di kawasan pencarian meliputi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 ditemukan dan kesemua serpihan itu ditemukan di pantai barat Lautan Hindi termasuk serpihan bahagian sayap atau flaperon sepanjang 2 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Dua waris turut hadir pada Majlis Menandatangani MoU Misi Pencarian Operasi MH370 di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity Limited di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya, pada Rabu. - fotoBERNAMA
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.