Hampir 35 peratus daripada 30,075 panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur pada 2018 menyatakan keinginan untuk membunuh diri.
Pengarah Eksekutif Befrienders Kuala Lumpur (KL), Kenny Lim yang mendedahkan perkara itu berkata hampir separuh yang menghubungi pihaknya juga adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, masalah hubungan dan masalah keluarga.
Beliau memberitahu panggilan yang diterima oleh Befrienders KL yang terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya juga meningkat setiap tahun iaitu 26,927 pada 2017 dan 24,821 panggilan (2016).
"Daripada 30,075 panggilan (2018), 66.2 peratus merupakan golongan wanita, 31.7 peratus lelaki dan 2.1 peratus lagi tidak diketahui," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Bernama.
Mengikut kumpulan umur pemanggil, Lim berkata 19.7 peratus daripadanya berusia 21 hingga 29 tahun diikuti 30 hingga 49 tahun (16.8 peratus), 15 hingga 20 tahun (14.3 peratus), 50 hingga 69 tahun (7.4 peratus), lima hingga 14 tahun (satu peratus), dan 70 tahun ke atas (0.5 peratus).
Lim berkata sebanyak 40.3 peratus pemanggil pula tidak berhasrat untuk menyatakan usia mereka.
Befrienders KL merupakan sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam setiap hari kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Pertubuhan itu menyediakan perkhidmatan sokongan emosi dalam talian, emel dan temujanji untuk menemui sukarelawan Befrienders secara peribadi selain menganjurkan program 'outreach' dan seminar secara percuma.
"Kami mempunyai 120 sukarelawan. Kami menyediakan tempat yang selamat kepada mereka yang alami gangguan emosi, masalah dalam hidup dan ada keinginan untuk bunuh diri supaya mereka boleh berkongsi masalah mereka tanpa takut untuk dinilai atau dihukum oleh sukarelawan kami," kata Lim yang bersama Befrienders selama 21 tahun.
Beliau juga berterima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah bekerjasama dengan lapan buah syarikat telekomunikasi untuk mengecualikan caj bagi panggilan ke talian Befrienders bermula 1 Ogos lepas.
"Ini memang satu langkah positif kerana mereka yang ingin mendapatkan sokongan emosi, mereka tidak perlu bimbang tentang kos panggilan. Sebab sebelum ini, ada yang bercakap dalam telefon dan kata tiada kredit dalam telefon mereka.
"Langkah ini juga boleh menggalakkan lebih ramai yang mempunyai masalah untuk menghubungi Befrienders," katanya.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kerjasama itu ialah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotcom Berhad, U Mobile Sdn. Bhd., Webe Digital Sdn. Bhd. dan YTL Communications Sdn. Bhd.
Befrienders berharap dapat menambah lagi talian dan cawangan di seluruh negara di mana kini hanya terdapat sembilan cawangan di Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Muar, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching selain meningkatkan bilangan sukarelawan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 16 2019
Befrienders KL menyediakan tempat yang selamat kepada mereka yang alami gangguan dan ada keinginan bunuh diri supaya mereka boleh berkongsi masalah tanpa takut dinilai atau dihukum oleh sukarelawan. - Gambar hiasan
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Kesihatan atau kecelaruan mental: 35 peratus pemanggil berniat bunuh diri - Befrienders KL
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, isu masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat terus meresahkan.
Hampir 35 peratus pemanggil Befrienders KL ada niat bunuh diri
Hampir separuh yang menghubungi Befrienders KL adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, masalah hubungan dan masalah keluarga.