Gerakan sedang memuktamadkan rundingan untuk menukar lima kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan parti komponen MCA, menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata langkah itu perlu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti yang lebih besar.
"Jika kami merasakan bertukar kerusi boleh membantu mana-mana parti untuk menang, jadi kami akan lakukan. Kami telah berunding. Sesetengah telah mencapai persetujuan, sebahagian masih lagi belum selesai," katanya dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
Beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenai pembahagian kerusi berkenaan dan pecahannya tetapi difahamkan kerusi yang terlibat adalah di Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur.
Mah berkata langkah itu juga merupakan sebahagian daripada kerjasama yang dicapai parti itu dengan MCA pada Januari lepas, yang kedua-dua parti bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menghadapi PRU14.
"Pada 2013, kedua-dua parti, Gerakan dan MCA tidak beroleh banyak kemenangan. Kami tidak menafikan wujud masalah dan rasa tidak senang antara satu sama lain ketika itu. Tetapi sekarang, kami harus menjalinkan kerjasama lebih erat," katanya.
Gerakan akan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi DUN kali ini berbanding 11 Parlimen dan 31 DUN pada pilihan raya sebelum ini.
Sementara itu, Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan, walaupun menghadapi cabaran daripada DAP.
"Saya akan terus mempertahankan Teluk Intan. Sekian lama saya di Teluk Intan sejak saya memulakan karier dalam bidang politik. Jadi saya tidak mahu bertukar-tukar tempat. Selepas saya kalah, saya tetap bertahan," katanya.
Beliau membuat penampilan sulung bertanding di Parlimen Teluk Intan pada 1999 dan mempertahankan kerusi itu pada 2004 sebelum tewas di tangan DAP pada 2008 dan 2013.
Pada PRU13, Gerakan hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Simpang Renggam, Johor dan dua kerusi DUN di Sabah. Bagaimanapun Mah menyumbangkan satu kerusi Parlimen (Teluk Intan) melalui pilihan raya kecil pada 2014.
Dalam pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, Mah berjaya merampas semula kerusi DAP dalam pertarungan yang sengit. Beliau menang dengan majoriti tipis 238 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 20 2018
Mah (gambar) membuat penampilan sulung bertanding di Parlimen Teluk Intan pada 1999 dan mempertahankan kerusi itu pada 2004 sebelum tewas di tangan DAP pada 2008 dan 2013. - Gambar fail
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.