Dua rakyat Malaysia bekerja di Ecuador yang dilanda gempa bumi Sabtu lepas, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di Chile.
Kedutaan itu mengesahkan Foo Boon Kiat dan Andrew Teoh Teck Keong, yang bekerja dengan Huawei Technologies Company Ltd, sebuah syarikat telekomunikasi multinasional China di Quito sejak setahun lepas, berada dalam keadaan selamat.
"Kedua-dua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik. Kami berhubung dengan seorang daripada mereka semalam," kata kedutaan itu hari ini.
Kedutaan Malaysia di Chile juga ditauliahkan ke Ecuador.
Kedutaan itu akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Rakyat Malaysia yang mempunyai saudara mara sedang melawat atau menetap di Ecuador, boleh menghubungi Pegawai Bertugas kedutaan itu melalui talian +56966657242.
Gempa bumi itu berlaku pada 6.58 petang waktu tempatan Sabtu lepas, dengan pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer di barat laut pantai Ecuador.
Ecuador mengisytiharkan darurat di enam wilayah dan mengerahkan kira-kira 14,000 anggota tentera serta pasukan keselamatan ke kawasan terjejas.
BBC News hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 272 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,500 cedera akibat bencana alam itu.
Bernama
Mon Apr 18 2016
Kedutaan itu mengesahkan Foo Boon Kiat dan Andrew Teoh Teck Keong berada dalam keadaan selamat susulan gempa di Ecuador. -Gambar fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Gempa: Dua rakyat Malaysia di Ecuador dilaporkan selamat
Kedutaan itu mengesahkan Foo Boon Kiat dan Andrew Teoh Teck Keong berada dalam keadaan selamat.