Gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diumumkan pada tahun hadapan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Langkah itu adalah bagi merapatkan jurang gaji minimum swasta agar ia dapat diselaraskan, yang mana kadar gaji minimum bulanan pekerja di Semenanjung Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, katanya.
Beliau berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MGPN) sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016 bagi membolehkan kerajaan menetapkan kadar gaji minimum baharu selaras dengan perkembangan sosio ekonomi semasa negara.
"Kita tahu perintah gaji minimum hendaklah dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Proses kajian semula ini untuk melihat kepada keupayaan majikan membayar gaji merupakan satu tanggungjawab yang sangat mencabar dalam memastikan dasar gaji minimum memenuhi semua objektif.
Dengan penubuhan kumpulan penyelidik gaji dan gaji minimum ini, ia akan memberi kesan positif bagi membolehkan kerajaan menyediakan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja di seluruh negara. Penguatkuasaan gaji minimum adalah aspek penting untuk memberi manfaat kepada warta pekerja terutama golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40," katanya.
Riot berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada 25 anggota Majlis Perundingan Gaji Negara yang dilantik bagi tempoh 1 Okt tahun ini hingga 30 Sept 2020 bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar gaji minimum.
Menurutnya, jurang merapatkan gaji minimum antara pekerja di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan semakin boleh direalisasikan dengan lantikan buat kali pertama dua anggota MPGN masing-masing daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.
"Semakan itu mengambil kira bebanan kos sara hidup, di samping kos operasi yang perlu ditanggung majikan yang berjaya mengurangkan jurang pendapatan di Malaysia. Kalau dahulu, gaji minimum di Semenanjung adalah RM900 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan ialah RM800. Pada 2016, kita kurangkan jurang itu (apabila gaji minimum dinaikkan) kepada RM1,000 (Semenanjung) dan RM920 ( Sabah, Sarawak dan Labuan).
"Pada satu hari nanti, gaji dua kategori ini akan sama. Itulah yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Gaji dan MGPN sebelum dibentangkan kepada Kabinet," katanya.
Dalam pada itu, Riot berkata setakat Jun ini, sebanyak 98 peratus majikan daripada 142,151 pemeriksaan berkanun yang telah dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja didapati telah mematuhi Perintah Gaji Minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017
RICHARD RIOT: Pada satu hari nanti, gaji dua kategori ini akan sama.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Tambah baik PWM, tidak perlu tinggal gaji minimum - MTEM
Kerajaan harus menetapkan matlamat jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar.
Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Cuepacs telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Anwar.
KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara
SPK dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Pencen Sumbangan Tambahan.
BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.
Pembayaran gaji minimum RM1,500 mampu tingkat kesejahteraan hidup pekerja
Pembayaran gaji minimum juga mampu meningkatkan kualiti kehidupan pekerja seperti mengatasi masalah kualiti makanan.