Siasatan polis berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an, dijangka mengambil masa yang lama, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata ini kerana pihaknya perlu meneliti laporan dan mengenal pasti saksi yang akan dipanggil berhubung kes itu.
"Siasatan tiada jangka masa, kalau saksi ramai kita (polis) perlukan masa panjang dan kalau saksi yang akan dipanggil tidak begitu ramai, siasatan akan selesai awal," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah, dan orang awam diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana siasatan masih berjalan, katanya.
"Jangan buat kesimpulan kerana ia tidak adil, polis akan buat siasatan seadilnya dan kita tahu apa yang perlu dibuat," katanya.
Jumaat lepas, Mohamad Fuzi dilaporkan berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex BNM pada sekitar 1990-an.
Pasukan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh itu, ditubuhkan selepas laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.
Pada 30 Nov lepas, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an, Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.
Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan oleh pihak dinyatakan dalam laporan suruhanjaya itu.
Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangkan di Parlimen. -- BERNAMA
BACA: RCI kemuka syor PDRM siasat Mahathir, Anwar
Bernama
Sun Dec 03 2017
Mohamad Fuzi berkata siasatan akan selesai awal jika saksi yang akan dipanggil tidak begitu ramai.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.