Fasa kedua Bantuan Bakul Makanan kepada 55,000 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta bermula pada Jumaat ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Dr Abd Latiff berkata bantuan fasa kedua itu merupakan ulangan agihan daripada fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah-randah dan tinggal di kampung tambahan.
Beliau berkata KPLB melaksanakan agihan Bantuan Bakul Makanan itu sejak berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
"Nilai barangan yang diberikan kepada setiap ketua isi rumah adalah RM100 dan turut ditambah dengan kit kebersihan seperti antiseptik, penutup hidung dan mulut, sabun berubat serta tambahan susu tepung untuk kanak-kanak.
"Cara agihan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melalui Tok Batin atau penghulu setiap kampung dan turut dipantau oleh Pegawai JAKOA Daerah bagi memastikan agar bantuan ini sampai kepada setiap ketua isi rumah yang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan ini dapat membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini.
Dr Abd Latiff berkata bantuan fasa pertama JAKOA diagihkan kepada sejumlah 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan Orang Asli di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta.
Jelasnya, sehingga kini agihan telah meliputi 725 kampung dan telah memberi manfaat kepada 34,567 ketua isi rumah.
"Dalam tempoh PKP Tahap Satu, masyarakat Orang Asli menerima bantuan daripada pelbagai pihak. Gerak kerja agihan bantuan itu telah diselaraskan oleh JAKOA Negeri dan Daerah dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
"KPLB turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri, badan bukan kerajaan dan individu yang menyampaikan sumbangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 08 2020
Dr Abd Latiff berkata bantuan fasa kedua itu merupakan ulangan agihan daripada fasa pertama. - Bernama
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Abd Latiff persoal harta Rafizi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad mempersoalkan deklarasi aset Timbalan Presiden PRK, Rafizi Ramli yang berjumlah hampir RM17 juta melalui pegangan saham.
Rafizi dakwa akan dedah lebih banyak isu libat skandal LCS
Menurutnya, buat masa ini tiada kenyataan panjang dibuat sehingga beliau dapat mengakses Facebooknya semula.
Rafizi sahkan akan hadir ke IPD Sentul petang ini
Timbalan Presiden PKR itu dipanggil polis susulan dakwaannya yang mengaitkan Abd Latiff dengan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir.
Rafizi sedia beri keterangan kepada polis
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan mengapa Abd Latiff belum dipanggil polis memberi keterangan walaupun laporan terhadapnya telah dibuat.
'Isteri-isteri saya tiada nama Zainab Mohd Salleh' - Abd Latiff
Abd Latiff turut menegaskan, tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.
Isu LCS: Rafizi kongsi bukti Abd Latiff, Zainab terlibat
Rafizi tampil berkongsikan bukti menunjukkan Abd Latiff dan Zainab Mohd Salleh terhadap syarikat subkontraktor dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).
Bencana: Hasil perbincangan ahli akademik dibentang ke Kabinet - Abd Latiff
Ia akan dibentangkan pada mesyuarat pertama Kabinet bagi tahun 2022 pada 12 Januari.
Tanah runtuh Kemensah Heights: Kerja awal pembersihan kawasan dimulakan
Kerja-kerja terbabit termasuk memastikan aliran sungai mengakibatkan mendapan di kawasan terbabit.
Cadangan tabika dan taska Kemas swasta untuk M40 - Abd Latiff
Sebanyak 11,430 tabika dan taska di bawah seliaan Kemas seluruh negara kembali beroperasi hari ini.
Transformasi mampu rangsang ekonomi 111,462 peserta Felcra
Felcra perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi cabaran norma baharu untuk merangsang ekonomi syarikat.