Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada 9 Jan depan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan untuk isteri pemain Pulau Pinang itu, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Mereka akan ditemani Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah ke majlis anugerah berkenaan.
"Penajaan tiket penerbangan itu adalah sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah menjadi pemain pertama Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik iaitu Anugerah Puskas FIFA," kata Hamidin menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan.
Pada 2 Dis lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas bersama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Marlone, 24 dan pemain wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar Jr dan James Rodriguez. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 15 2016
Pada 2 Dis lepas, FIFA menerusi laman web rasminya www.fifa.com mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.
Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.
Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.
Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.
FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.
Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.