Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi diarah keluar daripada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini kerana enggan menarik balik kenyataannya terhadap Menteri Besar Johor ketika membahaskan Bajet Johor 2018.
Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz ketika membuat keputusan itu berkata tindakan Wong enggan menarik balik kenyataannya terhadap Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercanggah dengan peraturan mesyuarat.
"Jadi, saya menggunakan kuasa yang ada pada saya untuk mengarahkan YB Senai keluar Dewan sekarang juga," katanya ketika persidangan bersambung selepas rehat tengah hari.
Wong daripada DAP mematuhi arahan itu walaupun terdapat bantahan daripada beberapa wakil rakyat pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker.
Terdahulu, ketika membahaskan Bajet Johor 2018 pada sebelah pagi, Wong meminta Mohamed Khaled menjelaskan tuduhan menerima wang berjumlah RM12 juta daripada pemaju pada Mac lepas untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera.
Wong berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi dokumen-dokumen yang dimuat naik dalam sebuah laman web.
Kenyataan Wong menyebabkan DUN Johor bertukar kecoh apabila lebih 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memintanya menarik balik kenyataan tersebut.
Wong enggan berbuat demikian dengan mengatakan kenyataan tersebut bukan tuduhan, mendorong wakil rakyat BN memohon Timbalan Speaker DUN Johor Datuk Baderi Dasuki mengarahkan Wong dirujuk ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Johor.
Sementara itu, Mohamad yang ditemui pemberita di luar persidangan, berkata tindakan terhadap Wong dibuat mengikut Peraturan 50 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Negeri Johor.
Arahan terhadap Wong itu hanya untuk hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Semasa membahaskan Bajet Johor 2018, Wong (gambar) meminta Mohamed Khaled menjelaskan tuduhan menerima RM12 juta daripada pemaju pada Mac lepas untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera. - Facebook @wongshuqi.my
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.