Empat lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dibebaskan pada Isnin.

Majistret Nurshahirah Abd Salim membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman selama empat hari bermula Jumaat, 7 Disember lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Muhammad Adib sebelum ini mengalami kecederaan parah selepas dipercayai diserang oleh sekumpulan perusuh sewaktu operasi memadamkan kebakaran beberapa buah kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada Selasa lalu.

Pada 28 November lalu, Muhammad Adib dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dari Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

BACA: Muhammad Adib tunjuk reaksi positif - IJN

BACA: Gerak bibir, faham arahan, Adib mulai sedar