Empat bekas pemain bola sepak pasukan T-Team hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi keterangan palsu berhubung kes mengatur perlawanan antara T-Team, Terengganu, Pahang dan Selangor pada 2014.
Keempat-empat tertuduh, Mohd Hafiz Mohd Noor, 26; Muhammad Shafiquddin Ibrahim, 25; Mohd Nazmeer Hisham Mohammad, 25 dan Mohd Hanifzam Muda, 26, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa prosiding di Mahkamah Sesyen 3, Kuala Terengganu, antara pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, 6 Mei 2014.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan keempat-empat tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.
Hakim Mohd Azhar Othman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Beliau kemudian menetapkan 17 Mei depan bagi lantikan peguam dan sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah.
Bernama
Thu Apr 21 2016
Jika sabit kesalahan keempat-empat tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Empat bekas pemain T-Team mengaku tidak bersalah beri keterangan palsu
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah seksyen sama.