Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal cadangan pelaksanaan beberapa dasar oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Soal Ahli Parlimen Pekan, dalam era Malaysia Baharu ini, adakah kerajaan akan melaksanakan kembali dasar-dasar lama kerajaan terdahulu.
Malah, beliau berpandangan cadangan pelaksanaan semula beberapa dasar lama bertetangan dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (dahulu Parti Keadilan Nasional).
"Apakah Malaysia baharu ini kembali ke zaman dahulu (dengan pelaksanaan) dasar-dasar dahulu? Yang mana parti PKR ditubuhkan untuk menolak dasar-dasar dahulu.
"Dasar seperti memberi gaji lebih rendah kepada kakitangan awam, kembali kepada dasar menambahkan kereta atas jalan raya daripada memberi tumpuan kepada pengangkutan awam, dasar menambah subsidi dan sebagainya, dasar balik (pelaksanaan semula) ke Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
"Saya nak bagi tahu Tuan Yang Dipertua, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bila sudah mansuhkan, harga sudah stabil. Apabila (pelaksanaan SST) 1 September ini, pasti berlaku satu lagi pusingan kenaikan harga," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kenyataan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan berdiri untuk mencelah dan mengajukan soalan.
Bagaimanapun, Najib enggan memberi laluan selain menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 37(1) untuk tidak memberi laluan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk mencelah.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 26 2018
Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) selepas keluar dari Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Bernama
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Kerajaan tak ada dasar jelas, bimbangkan pelabur - Presiden MCA
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata kenyataan sedemikian mungkin turut memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan.
KDN lakukan pelarasan dasar, libat elemen penambahbaikan - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan beberapa pelarasan melibatkan dasar dan polisi kementerian.
Kerajaan Kelantan laksana sesi libat urus untuk gubal lima dasar
Dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang.
'Beri ruang anak muda terangkan situasi sebenar negara' - Shahril Hamdan
Kerajaan perlu mendapatkan input daripada semua golongan muda termasuk mereka yang tidak terlibat dalam politik bagi setiap perangkaan dasar yang bakal dilaksanakan.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.
Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.
'Taksub' terbitkan makalah: KPI pensyarah perlu berteras negara, masyarakat - MPN
Lebih penting adalah untuk membantu kementerian, agensi dan industri menambah baik proses membuat keputusan dasar, polisi dan program-program.
Hari Wilayah: Rekaan PPR ketinggalan zaman - Khazanah Research Institute
Rekaan PPR harus diberi nafas baru supaya ia menjadi kawasan yang turut mempunyai gaya hidup moden.
Biden rombak dasar penjagaan kesihatan Trump
Dua perintah eksekutif ditandatangani sebagai langkah 'memperbaiki kerosakan' pentadbiran Trump terhadap sektor penjagaan kesihatan.
Jangan timbulkan polemik dasar, agihan kerusi - Tuan Ibrahim
Perkara itu akan sentiasa dibincangkan di peringkat jawatankuasa negeri sebagai mengambil kira kebaikan setiap parti dalam Muafakat Nasional (MN) serta Perikatan Nasional (PN).