Ketua Bahagian UMNO Padang Serai Datuk Asmadi Abu Talib mengaku menerima wang berjumlah RM50,000 dari Datuk Seri Najib Tun Razak terus ke akaun peribadinya.
Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bekas calon BN untuk DUN Merbau Pulas itu berkata, ia lebih mudah berbanding dimasukkan ke akaun UMNO Bahagian, kerana ia harus melalui audit dan sebagainya.
“Kalau masuk dalam akaun UMNO Bahagian, dia akan melibatkan pembentangan di mesyuarat agung (bahagian) dan sebagainya.
“Tetapi kalau terus kepada saya, ia tak masuk penyata kewangan, sebaliknya terus ke pengurusan bahagian sahaja,” kata saksi kesembilan itu sewaktu memberi keterangan.
Sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menyoal mengapa dana itu tidak dimasukkan terus ke dalam akaun bank UMNO Bahagian Padang Serai.
Terdahulu, ketika disoal ketua pasukan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Asmadi berkata duit yang diterima pada awal 2015 itu, digunakan sepenuhnya untuk program-program parti, termasuk tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada penduduk parlimen Padang Serai.
Turut memberi keterangan ialah Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru Abu Talib Alias, yang mengaku menerima arahan dari Tan Sri Shahrir Samad ketika itu untuk mengambil cek bernilai RM300,000 dari Allahyarham Datuk Azlin Alias, bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ketika 2015.
Beliau berkata, duit itu kemudian digunakan sepenuhnya untuk pengurusan program parti di Johor Bahru.
Abu Talib kemudian diminta Timbalan Pendakwaraya Muhammad Saifuddin untuk mengecam Najib.
Beliau kemudian tercari-cari di mana bekas perdana menteri itu sebelum, dan akhirnya nampak Najib di kandang tertuduh, lantas menyebut - “Tu dia! Malu apa bossku!”
Firdaus Azil
Mon Apr 22 2019
Asmadi berkata, ia lebih mudah berbanding dimasukkan ke akaun UMNO Bahagian, kerana ia harus melalui audit dan sebagainya. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Najib mahu jawab soalan pengubahan wang haram di mahkamah - Pegawai penyiasat
Najib mahu jawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.
Sebahagian wang pinjaman 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib - Penganalisis BNM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa lebih GBP9.45 juta wang pinjaman 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
'Najib minta saya bersihkan namanya berhubung RM2.6 bilion dalam akaun peribadi' - Zeti
Zeti berkata, beliau enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu.
RM2.23 bilion dimasukkan ke akaun Najib oleh syarikat berkaitan Jho Low, Putera Faisal - Saksi
RM2.2 bilion telah dideposit ke dalam akaun Najib Razak yang berakhir dengan nombor 694, melalui 11 transaksi pada tahun 2012 dan 2013.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
Wang AS$61 juta, GBP9.46 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Najib dikata menerima sejumlah AS$61 juta dan GBP9.46 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya melalui pindahan wang luar negara daripada tiga syarikat.
Pegawai bank sahkan lebih RM45 juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak tepat kata Najib ada kawalan langsung ke atas 1MDB - Peguam
Beliau berkata demikian ketika berhujah pada prosiding pelucuthakan membabitkan kerajaan terhadap Najib dan 17 lagi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Jakel nafi terlibat dalam pengubahan wang haram
Syarikat tekstil terkemuka itu menjelaskan bahawa urusniaga yang dijalankan dengan bekas perdana menteri itu adalah bagi kegunaan program amal.