Polis menahan dua individu pada Selasa lepas kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM664,075 di sekitar ibu negara dan Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 33 dan 28 tahun itu, ditahan di Jalan Suasa 3, berhampiran Balai Polis Sungai Besi pada kira-kira 1.15 tengah hari.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta, yang dinaiki suspek, menjumpai tiga anak kunci dan sekeping kad akses.
“Hasil soal siasat dan dipandu arah oleh suspek, pada 5.40 petang hari yang sama, polis membuat serbuan ke sebuah kondominium di Seri Kembangan, di sini dan menemui sebuah beg.
"Beg tersebut mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 14.39 kilogram, dadah disyaki ganja seberat 7.79 kilogram dan sebanyak 2,300 biji disyaki pil ekstasi seberat satu kilogram,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mazlan berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM14,000 yang berada di dalam kondominium berkenaan.
Beliau berkata suspek lelaki, yang mempunyai rekod senarai dikehendaki bersabit kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, didapati positif dadah manakala wanita terbabit negatif.
“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Mazlan berkata suspek, yang dipercayai bergiat aktif mengedar dadah sejak empat bulan lepas, mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran dan usaha mengesan pembekal dan rakan sindiket suspek diteruskan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Mazlan berkata, suspek, yang dipercayai bergiat aktif mengedar dadah sejak empat bulan lepas, mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM664,075 dirampas
Dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 33 dan 28 tahun itu, ditahan di Jalan Suasa 3, berhampiran Balai Polis Sungai Besi pada kira-kira 1.15 tengah hari.