Timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis terpaksa menghentikan ucapannya seketika kerana tidak dapat menahan sebak.

Beliau dilihat mengalirkan air mata sebelum kembali berucap di pentas Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di Kompleks Darul Puteri, hari ini.

“Saya mengimbau kembali saat berharga saya bersama PPIM pada tahun 1995 di mana saya merupakan Yang Dipertua Kedua.

Dr Wan Azizah berkata beliau tidak dapat menahan emosi apabila mengimbau kisah dirinya diuji selama 20 tahun sebelum dilantik menjadi timbalan perdana perdana menteri.

Terdahulu dalam ucapannya beliau menyentuh bahawa seseorang itu akan sentiasa diuji dalam hidup di mana mengambil contoh dirinya pernah diuji namun berkat kesabaran maka segala kesusahan itu berbayar.

“Kita akan diuji namun kita harus tekankan iman dan takwa dalam menempuh ujian dan Allah akan beri ganjaran.

“Dua puluh tahun saya diuji dan lihatlah hari ini saya berdiri di sini. Kita lihat hasilnya. Namun ini tidak bermakna ia akan berakhir.

Perjalanan politik presiden PKR itu bermula selepas pemecatan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 atas dakwaan kes liwat..

Keluarga itu sekali lagi diuji pada 2015 apabila Anwar diputuskan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, Dr Wan Azizah dilantik menjadi timbalan perdana menteri dan Anwar dibebaskan pada 16 Mei tahun ini.