Matlamat dan impiannya hanya satu iaitu membantu mereka yang dalam kesempitan, kesusahan sekali gus mengembalikan keceriaan insan-insan di dunia ini tanpa mengira latar belakang dan bangsa.
Itu cita-cita yang dikejar oleh seorang pemilik tubuh bernama Chua Sui Hau semasa membuka sebuah pusat badan kebajikan One Hope Charity and Welfare Berhad.
Biarpun hasratnya itu pernah dikritik dengan sindiran dan kata-kata nista oleh masyarakat sekeliling yang cuba menghasutnya untuk tidak menolong bangsa lain selain kaumnya, ia tidak sekali menjadi pematah semangat atau penghalang kepada Chua untuk meneruskan hasratnya membantu mereka yang memerlukan dari sudut pelbagai lapisan bangsa dan agama.
"Tekad saya adalah mahu menolong semua orang tidak kira bangsa Melayu, Cina dan India. Sesiapa sahaja saya dengar ada masalah seperti menghidap penyakit serius dan memerlukan kos yang tinggi saya akan membantu menguruskan kos rawatan itu," kata Pengerusi One Hope Charity and Welfare Berhad itu ketika ditemu bual Bernama di pejabatnya baru-baru ini.
Chua, 45, berkata beliau pernah disogok pertanyaan dan persoalan oleh segelintir pihak mengapa harus membantu kaum lain selain kaumnya (Cina) sedangkan setiap kaum mempunyai persatuan kebajikan masing-masing yang boleh membantu insan kesusahan.
"Perkara ini tidak (berlaku) di One Hope Charity and Welfare Berhad, bukan prinsip saya untuk hanya membantu satu kaum sahaja. Saya tidak kira bangsa, nak tolong orang, siapa-siapa pun boleh, maka seawal penubuhan pusat kebajikan ini saya sudah buat keputusan tidak boleh memilih bangsa. Ini kerana kita semua Cina, Melayu, India ibarat satu keluarga kerana kita rakyat Malaysia," katanya.
Mendapat sokongan padu daripada keluarga dan isteri tercinta, Chua berkata idea untuk menubuhkan One Hope Charity and Welfare Berhad tercetus apabila melihat nasib mereka yang sedang menderita sakit dan tidak mempunyai wang atau dana yang mencukupi untuk melakukan rawatan dan pembedahan.
"Tujuh belas tahun yang lalu, saya sering tengok kebanyakan pesakit, mereka tidak ada dana, jadi ambil masa nak jalankan pembedahan. Kita maklum, ada pesakit yang tidak boleh tunggu lama, perlu segera jalani pembedahan, jadi saya tubuhkan pusat kebajikan ini untuk membantu mereka mendapatkan dana seterusnya melaksanakan segera segala rawatan dan pembedahan," katanya.
Sepanjang mengendalikan pusat kebajikan itu, Chua berkata beliau berasa puas dan gembira apabila melihat ramai pesakit yang dahulunya menderita kini ceria dan semakin sihat menjalani kehidupan bersama insan tercinta.
"Kebanyakan pesakit yang menerima bantuan daripada kami akan kembali ke sini, saya rasa sangat puas dan gembira apabila melihat seorang bayi yang dahulunya sakit, kini sudah boleh berlari seperti kanak-kanak riang yang lain. Ada juga yang datang kerana masalah telinga tetapi kini sudah mendengar semula," katanya.
Sebagai perancangan masa hadapan, Chua menyasarkan untuk membuka sebuah hospital kebajikan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
Chua (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Azani Azuan Abdul Halim dan isteri bagi membantu rawatan anak mereka yang mengalami masalah jantung sejak dilahirkan, di Bukit Mertajam, 10 April, 2019. -- BERNAMA/Gambar Fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Tubuh perniagaan sosial bantu masyarakat secara lebih mampan - Penerima Hadiah Nobel
Perniagaan di negara ini boleh menjalankan perniagaan sosial untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat.
Dakwaan Sabah berjuang sendiri perangi COVID-19 tidak berasas - Abdul Rahim
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kudat turut menyifatkan dakwaan itu sebagai serkap jarang dan mengelirukan rakyat.
Disindir bantu bangsa lain, Chua nekad teruskan impian
Biarpun dikritik, ia tidak sekali menjadi pematah semangat atau penghalang kepada Chua untuk meneruskan hasratnya membantu mereka yang memerlukan dari sudut pelbagai lapisan bangsa dan agama.