Deportasi Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dihukum mati kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dari Australia akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia akan dibincang dengan Perdana Menteri. Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai usaha Sirul Azhar mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita negara itu pada Rabu.
Dr Wan Azizah ditemui selepas merasmikan ulang tahun ketiga Persatuan Usahawan Cina Malaysia (PUCM), di sini malam ini. Majlis itu bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Turut hadir presiden PUCM, Datuk Keith Li dan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.
BACA: Sirul gagal dapat suaka politik, bakal diusir dari Australia
Jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia berkata pada Rabu, Sirul Azhar boleh diekstradisi ke Malaysia dengan syarat ada aku janji bahawa hukuman mati tidak akan dilaksanakan.
Sirul Azhar, bekas seorang pengawal peribadi, dikenakan hukuman mati itu pada 2015.
Dalam perkembangan lain, mengulas berkenaan kain rentang yang dikesan dipasang di Bangsar untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri dan mendukung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Itu perbuatan jahat untuk memecah-belahkan kami."
Mengenai hubungan bilateral Malaysia-China, Dr Wan Azizah memberi jaminan bahawa hubungan itu tetap kukuh walaupun berlaku pertukaran kerajaan.
Hubungan dagang bilateral antara kedua-dua negara itu yang berada pada tahap paling tinggi pada 2018, meningkat 13 peratus kepada US$108.6 bilion (RM443 billion) dari US$96 bilion (RM392 bilion) pada 2017, sementara jumlah pelawat China ke Malaysia bertambah hampir 30 peratus kepada 2.94 juta tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 20 2019
DR WAN AZIZAH: Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik. - BERNAMA/Fail
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta
Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.