Sekumpulan penggodam mendedahkan senarai email yang berjaya digodam dalam serangan siber yang berlaku pagi tadi.

Turut didedahkan ialah nama menteri, Dato' Seri Mustapa Mohamed yang tersenarai dalam email tersebut.

Terdahulu, sekumpulan penggodam dilihat bertanggungjawab kerana telah menceroboh laman web rasmi Malaysia Airlines (MAS).

Aktiviti penggodaman itu bermula pada 10 pagi Isnin, diikuti dengan penggodaman kedua sekitar 10:25 pagi.

Kumpulan itu mendapat banyak perhatian pihak, termasuk pengguna sosial media di seluruh dunia yang boleh dilihat laman rasmi Twitternya.

Salah satu daripada tuit mereka menyatakan (MAS) berbohong tentang pengguna tidak perlu meragui privasi data mereka.


lizard
Gambar yang disebarkan oleh kumpulan penggodam Lizard Squad yang mendakwa mereka telah menceroboh privasi pengguna atas talian MAS
Sebelum ini MAS mendakwa syarikat penerbangan Malaysia Airlines memberi jaminan insiden laman webnya yang dipercayai digodam awal pagi Isnin tidak akan memberi impak negatif terhadap tempahan tiket yang telah dilakukan oleh pelanggannya.
Sesetengah pengguna media sosial melahirkan rasa tidak puas hati mereka ke atas tindakan tidak bertanggungjawab itu :

Lizard