Subuh, 14 September 2017, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. Keheningan pagi di kawasan tersebut sama seperti tempat lain, sunyi, tiada aktiviti, masing-masing lena dibuai mimpi.
Tidak disangka, keharmonian pagi tersebut digemparkan dengan jeritan, lebih memilukan, ia adalah jeritan kanak-kanak. Lebih meruntun jiwa, jeritan itu datang dari sebuah bangunan yang sedang terbakar.
Ya, mereka menjerit meminta tolong, menjerit meminta diselamatkan namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka. Pilu hati bila mengetahui 21 pelajar tahfiz berusia enam hingga 16 tahun dan dua warden berusia 20-an maut dalam kebakaran asrama tiga tingkat.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tempat di mana berlakunya tragedi menyayat hati, tragedi mengorbankan 23 orang, menggemparkan negara, dipenuhi tangisan, tidak diduga dan ‘menggoncang’ hati rakyat Malaysia.
Setahun berlalu, mungkin ada yang sudah lupa namun masih ramai belum alpa. Bagi ibu bapa dan waris, sekuat mana keinginan untuk lupakan insiden menyayat hati itu, semakin kuat kenangan bersama arwah anak, suami, abang, adik menerjah fikiran.
Begitulah cerita Emmi Farizah Abd Aziz, 38, yang kehilangan dua anak dalam insiden itu, Azkar Abiedi F. Zaska, 11 dan Azkar Dariemi F. Zaska, 8. Kelihatan kuat dari luaran namun siapa tahu betapa remuk hatinya kehilangan dua anak sekaligus.
Meskipun sudah setahun, tidak pernah Emmi Farizah melupakan kedua-dua anaknya itu malah baru-baru ini dia bermimpi arwah anaknya datang kepadanya, sempat juga dia memeluk arwah dalam mimpi itu.
“Mimpi itu datang bulan lepas, dua-dua anak saya datang kepada saya, muka mereka bercahaya, manis senyuman mereka. Saya peluk kedua-dua anak saya, dapat rasa saya peluk tubuh mereka.
“Dalam mimpi itu saya tahu mereka sudah pergi tapi saya gembira akhirnya dapat juga jumpa mereka dalam mimpi. Selalu dengar kawan-kawan lain mimpi, saya selalu berdoa agar saya pun dapat mimpi sama.
“Akhirnya dapat juga. Bila bangun, ada rasa sedih tapi saya kena kuatkan diri, saya reda dengan apa yang jadi sebab saya tahu mereka pergi ke tempat lebih baik,” katanya ketika ditemui dalammajlis pelancaran Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama), di sini, malam semalam.
BACA: Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
BACA: Waris mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah tuntut keadilan
Ternyata kehilangan dua anak sekaligus memberi kesan kepadanya kerana selepas insiden itu, ibu kepada tiga anak ini tidak pernah lagi memasak ‘ayam lemak cili api’ kerana itu merupakan makanan kegemaran arwah.
“Mereka memang paling suka ayam masak lemak cili api. Lepas dari kebakaran itu, memang saya tak pernah masak lauk itu. Tak boleh masak, kalau saya masak juga, mesti teringat dan sayu saja rasa hati ini.
“Video kebakaran pusat tahfiz itu pun saya tak boleh tengok, gambar-gambar saya boleh tengok lagi tapi video memang tak boleh,” ujarnya.
Bagi Siti Salfarina Ismail, 37, dia merasakan kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak dalam tragedi itu mungkin kelihatan kuat apabila mereka berkumpul namun apabila berseorangan, kenangan bersama anak pantas mengusik jiwa mereka.
Begitu juga dirinya. Ibu kepada empat anak ini memberitahu kadangkala dia pergi ke pusat tahfiz tersebut, melihatnya dari dalam kereta dan menangis semahunya apabila dia merindui arwah anaknya, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri.
“Macam pagi tadi (semalam) bila anak-anak dah pergi sekolah, saya pergi ke pusat tahfiz itu, duduk dalam kereta, menangis. Bila dah puaskan hati barulah saya pulang.
“Kadangkala bila duduk seorang diri, terdengar seperti suara Aidil panggil saya di rumah. Dengar dia panggil ‘mama, mama’,” katanya yang kemudian tidak dapat menahan sebak teringatkan anak keduanya itu.
Menceritakan kembali detik sebelum berlakunya tragedi tersebut, Siti Salfarina sempat meluangkan masa bersama anaknya sehari sebelum kebakaran berlaku, sempat juga menyediakan cekodok bawang.
“Berselera sungguh dia makan. Saya jumpa dia waktu petang, dalam pukul 6. Hari itu, dia peluk saya dan ayahnya kuat sangat, dia kata ‘Ayah, Aidil sayang sangat kat ayah, sayang mama, sayang semua orang’.
“Masa saya peluk dia, saya rasa badan dia sejuk sangat tapi saya tidak fikir apa-apa masa itu,” ujarnya.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius
BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan
Sementara itu, seorang pelajar yang terselamat dalam kebakaran itu, Muhammad Daniel Amru Alhaz Ali, 17, berkata sehingga kini dia merasa tidak keruan apabila melihat kebakaran besar terutamanya jika ia melibatkan rumah, sekolah atau asrama.
“Nak kata trauma, tak tahulah ada atau tidak tapi kalau saya nampak ada rumah terbakar, ada rasa takut, teringat-ingat dan rasa macam nak pergi selamatkan orang dalam rumah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menceritakan kembali detik cemas itu, bekas pelajar pusat tahfiz itu berkata, dialah orang yang membuka pagar tingkat atas dan mengarahkan semua pelajar turun.
“Masa itu semua tengah tidur, bila sedar memang dah terbakar. Saya dan rakan lain yang selamat berada agak jauh dari api.
“Keadaan masa itu memang kelam-kabut, mungkin itu sebab pelajar yang terperangkap cari tingkap untuk selamatkan diri tapi sayangnya tidak sempat,” ujarnya.
Anak muda ini turut menafikan dakwaan kononnya terdapat insiden pergaduhan antara pelajar sekolah tahfiz tersebut dengan beberapa suspek yang membakar bangunan sekolah berkenaan.
“Memang ada pelajar tahfiz yang kenal remaja itu tapi cerita gaduh sebab futsal itu semua tak betullah. Saya tak tahu dari mana cerita itu datang tapi memang tidak betul,” jelasnya.
Selepas setahun, kisah Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah masih menjadi bualan. Tragedi 14 September 2017 tidak mungkin akan dilupakan, terpahat dalam lipatan sejarah hitam negara.
Buat semua syuhada Darul Ittifaqiyah, damailah kamu semua di sana.
Sinar Harian
Sat Sep 15 2018
Pelajar yang terselamat, dari kiri, Muhammad Syamim Naim Mohd Sani, 16, Muhammad Daniel Amru Alhaz Ali, 17, dan Muhammad Danial Borhan, 16. - Foto Sinar Harian
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11
Kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di Gua Musang telah mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Aspek keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh ibu bapa - Fahmi
Aspek keselamatan dalam talian khususnya, kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Keluarga Zayn Rayyan takut buka media sosial
Keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendedahkan takut untuk membuka sebarang aplikasi media sosial sehingga kini kerana bimbang perasaan terus tergores.
Polis sekali lagi rakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan, individu jumpa mayat
Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.