Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian dari negara jiran, melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Dalam pemeriksaan yang dijalankan pada jam 11 malam tadi, dua buah lori didapati cuba membawa masuk produk pertanian tanpa dokumen yang sah, seperti permit import yang dikeluarkan MAQIS dan sijil fitosanitasi dari negara asal.
Produk yang dirampas tersebut terdiri daripada bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg mangga bernilai RM600.
Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama yang menetapkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"Penahanan konsainan ini adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak.
"Sekiranya serangga perosak ini terlepas ke dalam Malaysia, ia boleh menyebabkan industri pertanian terjejas.
"Hal ini boleh menyebabkan pengusaha tanaman pertanian menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak dikawal," tambahnya.
Akta 728 digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan/ikan/tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara.
Kesemua bunga ros dan buah mangga tersebut ditahan dan akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang telah ditetapkan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 05 2019
Sebahagian daripada 500kg mangga bernilai RM600 yang dirampas MAQIS. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal
Dua buah lori didapati cuba membawa masuk bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg buah mangga bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah.