Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
“Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
“Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka,” katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau menyarankan pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
Tan berkata lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Tan menyarankan karnival beli belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual.
“Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah,” katanya.
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lalu dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas.
Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
Sementara itu, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera (BUMITRA), Mohd Ali Ab Malek, berkata pusat penginapan harus menawarkan promosi berpatutan kepada syarikat besar yang ingin menjalankan aktiviti untuk kakitangan di tempat mereka.
Beliau berkata tawaran bagi mengadakan mesyuarat, seminar atau kursus di hotel, pusat peranginan atau pusat membeli-belah mampu menarik syarikat besar atau kecil untuk menggunakan perkhidmatan mereka berulang kali sepanjang tahun.
“Sebagai contoh, sekiranya sebuah syarikat mempunyai 1,000 kakitangan, mereka akan menghantar sekurang-kurangnya 50 pekerja untuk satu siri seminar, bayangkan berapa keuntungan yang boleh hotel peroleh sekiranya syarikat tersebut melakukan beberapa siri di tempat mereka.
“Langkah ini turut membantu pemain industri berkaitan seperti pengangkutan bas dan restoran di mana perkhidmatan mereka turut digunakan untuk tujuan ini,” katanya.
Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA), Zohaime Muhamad Sori pula mencadangkan pihak sekolah dan institut pengajian tinggi mengadakan aktiviti di inap desa bagi merasai pengalaman serta suasana kehidupan di kampung dan kawasan luar bandar.
Usaha itu bukan sahaja dapat menjana pendapatan kepada pengusaha inap desa malah dapat menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar selain dapat berkongsi peristiwa menarik yang diperoleh semasa menginap di kampung.
“Cara ini dapat mempromosikan lagi konsep inap desa sebenar melalui testimoni yang dikongsi di laman sosial atau sekolah dan pengajian tinggi terbabit.
“Bagaimanapun kerajaan juga perlu memainkan peranan mempromosikan inap desa ini bagi memastikan sektor pelancongan berasaskan komuniti ini tidak ketinggalan berbanding sektor lain yang lebih menyerlah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 16 2020
Tan menyarankan pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen. -- BERNAMA/Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Menteri Pengangkutan sambut baik SOP ketat Grab
Pada Jun lalu, Grab melancarkan dasar keselamatan ketat bagi mengurang risiko jangkitan COVID-19.
COVID-19: Sektor perhotelan di Pahang catat kerugian RM500 juta
Sepanjang tempoh PKP, hotel tidak boleh beroperasi malah berlaku juga pembatalan tempahan penginapan.
COVID-19: Tawar promosi hebat pikat pelancong domestik - Presiden MATTA
Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
Batal tempahan PKR tiada kaitan dengan Kementerian Pelancongan
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata hotel tersebut di bawah kelolaan Kementerian Kewangan dan pengerusinya juga dilantik oleh kementerian tersebut.