Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang memasuki hari ketujuh pelaksanaannya sejak 18 Mac lepas.
Baginda bertitah, kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahkan banyak pihak khususnya petugas barisan hadapan.
Sultan Selangor juga menzahirkan kekhuatiran sekiranya penularan wabak berkenaan berlarutan dan jumlah kes jangkitan terus meningkat, yang boleh menyebabkan tempoh PKP terpaksa dilanjutkan lagi.
"Ia sekali gus akan menjejaskan lagi kegiatan harian rakyat dan memberi impak serius terhadap pendapatan golongan di pelbagai peringkat seperti peniaga dan usahawan kecil," titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin diberi taklimat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengenai kedudukan semasa penularan wabak COVID-19 di negeri itu serta perkembangan terkini mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 Selangor.
Justeru itu, baginda bertitah meminta rakyat supaya kekal berada di rumah serta menasihatkan individu yang mempunyai simptom jangkitan COVID-19 supaya segera tampil ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan pengasingan.
Sultan Sharafuddin turut menggesa individu yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir Februari lepas supaya tampil menjalani saringan kesihatan.
Baginda juga menasihatkan semua rakyat supaya mematuhi PKP demi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat dihentikan. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar Facebook Selangor Royal Office
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
COVID-19: Sultan Selangor bimbang rakyat degil patuhi PKP
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.