Kerajaan negeri Perak akan menyalurkan peruntukan khas RM20,000 kepada setiap 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata peruntukan berjumlah RM1.18 juta itu diagihkan sama rata tanpa mengira parti dan dijangka akan disalurkan mulai esok.
Menurutnya kerajaan negeri sangat prihatin dan memahami masalah yang dihadapi rakyat selepas PKP dilaksanakan 18 Mac lalu.
“Peruntukan sedang diproses oleh Bahagian Kewangan dan dijangka semua ADUN akan menerimanya esok,” katanya dalam wawancara khas di PerakFM, di sini, hari ini.
Minggu lalu, Ahmad Faizal mengumumkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM7 juta sebagai bantuan untuk mengurangkan beban golongan sasaran yang terkesan ekoran COVID-19.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta akan disalurkan kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ahmad Faizal berkata bantuan one-off sebanyak RM500 itu akan disalurkan melalui pihak berkuasa tempatan dalam masa terdekat.
Di samping itu, katanya, kerajaan negeri juga akan menanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan dan medan selera di bawah semua PBT di Perak, selama dua bulan, yang melibatkan kos hampir RM800,000.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 24 2020
Ahmad Faizal berkata peruntukan berjumlah RM1.18 juta itu diagihkan sama rata tanpa mengira parti dan dijangka akan disalurkan mulai esok. -Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
COVID-19: Perak agih peruntukan khas RM1.18 juta kepada semua 59 ADUN
Ahmad Faizal Azumu berkata peruntukan itu diagihkan sama rata tanpa mengira parti dan dijangka akan disalurkan mulai esok.