Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan selain warga emas, golongan kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

"Sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah," katanya semasa sidang media harian KKM di Putrajaya.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa Selangor mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu sebanyak 77 kes.

Ia diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes), dan Sabah (26 kes).