Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kesihatan Negeri menambah alat pengimbas terma di pintu masuk utama negeri itu.

Ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Domestik Miri, Sibu dan Bintulu serta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuaratin, dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh.

Langkah siap siaga itu juga sebagai persediaan tangani wabak Koronavirus (COVID-19).

Bukan itu saja, para doktor dan kakitangan kesihatan di Sarawak juga telah jalani latihan sebagai langkah persediaan tangani sebarang kes berkaitan COVID-19.

BACA JUGA: Koranavirus COVID-19: Pelawat, warga Sarawak dari Singapura tidak perlu kuarantin diri

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pusat kuarantin juga diwujudkan di Kolej Kesihatan Awam di Kota Sentosa yang mampu tampung 90 pesakit
Tambahnya lagi, borang Deklarasi Kesihatan (HDF) telah ditambah dan diagihkan di ICQS Sungai Tujoh, sempadan Brunei.

Uggah berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mendengar taklimat tertutup berkenaan COVID-19.

Untuk rekod, sebanyak 76 kes dilaporkan di Sarawak bermula pada 10 Januari hingga 12 Februari 2020
hasil laporan makmal, 59 kes disahkan negatif dan 17 kes lagi masih menunggu keputusan.