Kementerian Kesihatan mengesahkan 11 rakyat Malaysia yang pergi ke Sulawesi, Indonesia bagi menghadiri Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia dikesan di Tawau, Sabah semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mereka telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan dikuarantin bagi menunggu keputusannya.
"Memang betul kita menunggu mereka di Tawau dan kita dapat mengesan 11 dari jemaah tabligh ...ujian swab telah diambil, kita hanya menunggu keputusan," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, pada Ahad.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan menganggarkan 80 hingga 100 rakyat Malaysia ke Sulawesi bagi menghadiri perhimpunan berkenaan berdasarkan sesi libat urus antara beliau dan pemimpin tabligh.
Ditanya berhubung baki rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan itu, beliau berkata berkemungkinan besar mereka masih di negara jiran itu.
Media sebelum ini melaporkan acara perhimpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia itu membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dan dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac.
Bagaimanupun, penganjur dilaporkan membatalkan perhimpunan itu berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 1,306 kes kumulatif positif COVID-19 di Malaysia sehingga 12 tengah hari ini, 62 peratus kes atau 743 pesakit adalah daripada perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.
"Ini bermakna satu dalam setiap 10 individu yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh yang disaring seorang didapati positif COVID-19", katanya.
Beliau berkata berdasarkan perbincangan beliau dengan pemimpin kumpulan tabligh, perhimpunan di Sri Petaling itu melibatkan 16,000 individu.
Katanya, daripada jumlah itu 14,500 merupakan warga Malaysia manakala 1,500 merupakan peserta warga asing daripada 25 buah negara.
Tambah Dr Noor Hisham, setakat ini 11,000 anggota jemaah tabligh sudah menjalani saringan dan pihaknya menyasarkan kesemua 14,500 warga Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh itu menjalani saringan.
"Difahamkan dari Indonesia sahaja seramai 695 jemaah menyertai perhimpunan itu. Kita (Kementerian Kesihatan) risau kalau penularan COVID-19 (dari perhimpunan tabligh itu) diimport dari luar negara," katanya.
Beliau berkata setakat ini tidak ada kes COVID-19 daripada perhimpunan yang lain di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 22 2020
Setakat ini, 11 rakya Malaysia yang hadir ke perhimpunan itu sudah menjalani ujian. - Foto: Twitter
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.