Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan kontinjen Malaysia jika diberi tanggungjawab untuk membawa cabaran negara pada mana-mana kejohanan mahupun temasya besar.
Ia terbukti apabila pemain ketujuh dunia itu menyumbang pingat emas di Sukan Komanwel 2018 selepas menang 2-0 kepada pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth, hari ini.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria ternyata berbangga dengan pencapaian Chong Wei dan juga pasukan badminton negara yang telah menyumbang dua emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2018.
"Tekanan telah diletakkan kepada skuad badminton yang mana kita sentiasa menjadi harapan kepada kontinjen negara untuk menyumbang pingat namun Chong Wei dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo sangat membanggakan kita semua.
"Selepas kita mendapat tamparan dalam acara berpasukan campuran, semangat mereka tidak luntur untuk terus pamerkan aksi yang cukup sengit pada final individu hari ini. Chong Wei tidak pernah mengecewakan dan beliau merupakan ikon kepada semua," katanya di Carrara Sports and Leisure Centre.
Beliau berkata Chong Wei telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila dengan bersungguh-sungguh mematahkan kemaraan dua pemain India, HS Prannoy (separuh akhir) dan Srikanth (final) yang jauh lebih muda daripadanya (perbezaan umur 11 tahun).
Katanya, cabaran yang terpaksa dihadapi Chong Wei di Sukan Komanwel kali ini untuk menang pingat emas bukan mudah apabila beliau terpaksa menentang pemain nombor satu dunia (Srikanth) dan ke-11 dunia (Prannoy).
Selain Chong Wei, Mohamad Norza turut memuji prestasi positif Mei Kuan-Vivian yang menang pingat emas walaupun tidak diletakkan sasaran pingat pada awalnya.
Katanya, beliau tidak menyangka gandingan bukan pilihan kejohanan, Mei Kuan-Vivian mampu bangkit dan menewaskan beregu pilihan pada temasya kali ini.
Bagaimanapun, Mohamad Norza turut melahirkan rasa kecewa terhadap beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang gagal mencapai sasaran diletakkan apabila sekadar meraih pingat gangsa.
"Kita ada dua beregu pilihan tapi kedua-duanya telah gagal untuk capai sasaran, sangat mengecewakan. Namun bagi berpasukan campuran, walaupun kita sasar emas tapi hanya dapat perak, namun mereka telah buat yang terbaik.
"Pasukan India pilihan utama dengan diwakili beberapa pemain dunia jadi logik jika hanya raih pingat perak. Pasukan telah buat yang terbaik walaupun di sebalik ketewasan mereka," katanya.
Mengulas mengenai persediaan ke Piala Thomas pada Mei ini, Mohamad Norza berkata BAM masih perlu bergantung kepada Chong Wei untuk beraksi di Bangkok, nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan kontinjen Malaysia -Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.