China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara-negara ASEAN untuk mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besar negara itu.
Menurut Naib Perdana Menteri China, Han Zheng, negara itu juga akan membuka lebih banyak ruang dalam pasaran supaya dapat mencipta lebih banyak peluang kepada negara-negara ASEAN.
Justeru Han Zheng menggariskan lima cadangan yang perlu diberi penekanan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu.
"Pertama mengukuhkan kualiti strategi, China akan bekerjasama dengan negara ASEAN melalui inisiatif Belt and Road yang sedang dibangunkan serta inisiatif komuniti ASEAN 2025.
"Kedua mengukuhkan protokol ekonomi dengan menaiktaraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN, kami akan menggunakan expo di China untuk meningkatkan perniagaan serta memudahkan aktiviti perdagangan sekaligus mencapai hasrat yang sama.
"Ketiga, mengukuhkan rangkaian dan meningkatkan rangkaian pengangkutan serantau seperti laluan keretapi, jumlah penerbangan, maritim dan keselamatan siber," katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019, di Nanning, China, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Han Zheng berkata mengukuhkan kerjasama antara China dan ASEAN juga menjadi cadangan keempat yang penting dalam meningkatkan hubungan perdagangan sedia ada.
"China akan mengembangkan lagi kerjasama dengan ASEAN melalui platform-platform E-commerce, rangkaian 5G dan sektor yang lain seperti pembangunan bandar pintar serta Kerjasama Ekonomi Biru (Blue Economic Partnership).
Tambah beliau, cadangan kelima pula untuk mengukuhkan sosio budaya dalam komuniti ASEAN sekaligus meningkatkan kerjasama secara terus antara negara.
"Sektor kebudayaan, sukan, kesihatan dan program latihan kepada pemimpin muda China ASEAN untuk menjalinkan kerjasama antara golongan belia kita," jelasnya.
Terdahulu, Han Zheng berharap sempena dengan CAEXPO 2019, negara ASEAN dapat mengambil peluang menembusi pasaran China dengan lebih meluas serta menyokong inisiatif Belt and Road yang sedang dibangunkan negara itu.
Afiezy Azaman
Sat Sep 21 2019
Han Zheng berucap di Majlis Perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019, di Nanning, China, pada Sabtu. - Foto Astro AWANI/Afiezy Azaman
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.