Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun.

Berita pemergian beliau telah disahkan oleh sepupu lelakinya yang enggan dikenali.

Seorang lagi sepupunya, Natasha Amran juga berkongsi berita tersebut melalui Instagram miliknya pada pagi Ahad.

"Al-Fatihah untuk Adam. Semoga roh Adam ditempatkan bersama para solihin," tulisnya menerusi posting tersebut.



Adam disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5 pagi di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

Keluarga Adam dikatakan sudah mengetahui masalah kesihatannya yang menghidapi jangkitan pada paru-parunya.

Solat jenazah akan diakan di Masjid Telipot dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat zohor.


Sementara itu, pengacara Neelofa yang berpangkat anak saudara kepada Allahyarham, turut memuat naik semula posting Natasha di Instastory.

Neelofa juga berkongsi gambar mereka bersama ketika kanak-kanak di Instagram.

Neelofa berkongsi gambarnya bersama adam ketika kanak-kanak di Instastory