MEDIA berita bukan saja sedang merosot perlahan-lahan, tetapi ia berada dalam keadaan 'ICU'. Malaysia tidak terkecuali daripada aliran global ini.

Hampir dua minggu lalu, harian berbahasa Melayu yang sering diceritakan (dan merupakan penyokong bekas parti pemerintah UMNO), Utusan Malaysia - selepas kerugian RM8 juta sebulan - mula menghentikan lebih 50 peratus daripada kakitangannya yang berjumlah 1,500 orang.

Berlainan pula dengan satu stesen radio bual bicara berbahasa Inggeris yang masih bersemangat, berpangkalan di Lembah Klang, iaitu BFM 89.9, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10 baru-baru ini.

Perkembangan ini ditandai dengan berpindah ke premis baharu dan segar, di lokasi yang kelihatan seperti nirwana hipster, bertempat di kawasan bertaraf tinggi Taman Tun Dr Ismail, satu kejiranan bandar raya yang serupa dengan Soi Thongkor di Bangkok, Salcedo di Manila dan Senopati di Jakarta.

Bermula sedekad lalu dengan hanya RM5 juta dan kurang daripada 10 kakitangan, stesen radio itu kini menggaji satu pasukan tetap berjumlah lebih 60 orang.

Dan ia kini berada di ambang satu program pengembangan ke seluruh negara.

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Malek sangat berhati-hati apabila ditanya mengenai liberalisme. 'Saya telah lama melihat kepada definisi liberalisme di Malaysia... ia sesuatu yang saya jauhi, karena ia disalahgunakan dan dikaitkan dengan kebebasan untuk bertindak sesuka hati.' Joe Kit Yong/Ceritalah

Pengasas dan Pengarah Urusan BFM Malek Ali, seorang yang berpendidikan Havard, suka merendah diri serta kelihatan seperti seorang profesor menjelaskan: "Saya anggap radio sebagai suatu ruang yang menarik. Hari ini, stesen itu memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempengaruhi perubahan. Kami bertanya soalan yang betul. Ia adalah mengenai penciptaan nilai."

Bual bicara, perbincangan dan debat diibaratkan DNA penting stesen itu. Sementara berita ekonomi dan analisis bisnes merupakan teras stesen itu, Malek mengakui, "Orang tidak mahu mendengar mengenai bisnes sepanjang masa... mereka akan berasa jemu, jadi kami perlu mempelbagaikannya."

Tentunya, peningkatan mendadak dalam angka podkast - 30,000 muat turun setiap hari dan 10 juta setahun - menunjukkan wujud keinginan yang kuat terhadap kandungan 'kecerdasan' Malaysia.

BFM dengan fokus gigih terhadap bual bicara (ya, bukan muzik) mempunyai anggaran khalayak lebih 350,000 pendengar - hanya kurang lima peratus daripada kira-kira 8 juta keseluruhan penduduk Lembah Klang.

Pada saat media seperti Utusan Malaysia di Malaysia dan syarikat akhbar lain seluruh dunia mengalami kemunduran, BFM 89.9 berpotensi untuk berkembang secara nasional. - Joe Kit Yong/Ceritalah

Dalam suatu era pemasaran niche dan pembinaan komuniti, BFM 89.9 boleh dikatakan sebagai "memiliki" elit korporat, profesional dan kepengurusanan Malaysia, dengan menyediakan satu platform bagi para pengiklan, walaupun pada era media sosial ini.

Malah, pada hari Pasukan Ceritalah berada bersama BFM, Khairy Jamaluddin, dikatakan satu-satunya pemimpin UMNO yang mampu menawan hati rakyat Malaysia yang hidup senang, sedang diwawancara di program bual bicara pagi yang berprofil tinggi 'The Breakfast Grille'.

Dipimpin oleh Melisa Idris, program itu mencapai ke tahap namanya, menyoal siasat tamunya dengan gaya berbalah yang jarang dilakukan. Berjaya berdepan dengan pertanyaan-pertanyaan beliau yang menawan tetapi tajam menghiris adalah suatu yang dapat dibanggakan.

Sungguhpun begitu, banyak pemimpin korporat dan politik (termasuk pegawai Pakatan Harapan atau PH) gagal dengan mengecewakan. Bagaimanapun, bagi mereka yang dibesarkan dengan program bual bicara Amerika, tahap adrenalin baginya adalah jelas rendah.

Khairy ketika diwawancara BFM dalam program bual bicara pagi 'Breakfast Grille' kendalian Melisa Idris. - Joe Kit Yong/Ceritalah

Namun, memandangkan hampir tumbangnya lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, dan azam parti itu untuk beralih ke kanan dan bertambah konservatisme, adalah berbaloi untuk bertanya sama ada keterbukaan BFM 89.9 untuk berdebat dan bersifat pelbagai - apa yang seseorang menyatakan sebagai ethos 'liberal' - adalah bukan sebenarnya teras kepada kejayaanya pada masa ini?

Tentulah, dengan kesanggupan yang sama untuk membenarkan pendapat berbeza, ia juga suatu ciri utama pentadbiran PH.

Jadi ketika mana Perdana Menteri menanti, Anwar Ibrahim mengecam apa yang dipanggilnya sebagai "super liberal", ,boleh dihujahkan bahawa demografi ini adalah kunci kepada kuasa penggeraknya dalam perjalanan Pakatan ke arah kemenangan dan penyelamatan.

Pengasas dan Pengarah Urusan BFM Malek Ali, umpamanya berhati-hati bila ditanya mengenai liberalisme.

"Saya telah bergelut dengan definisi liberalisme di Malaysia... ia adalah sesuatu yang saya jauhkan diri - ia disalah guna, ia dikaitkan dengan kelonggaran - atau berada dalam keadaan tidak bermoral."

Tentunya liberalisme bermakna sesuatu yang lebih besar daripada hak LGBT.

BFM 89.9 meraikan ulang tahun yang ke-10 tahun ini. Program bual bicara, diskusi dan debat merupakan bahagian penting stesen radio ini. - Joe Kit Yong/Ceritalah

Liputan bisnes BFM adalah amat berkait dengan liberalisme klasik Adam Smith dan perjuangannya mendokong pasaran terbuka dan perdagangan bebas, dan tidak disebut lagi hujah-hujah mengenai kebebasan individu yang diutarakan dalam karya-karya Thomas Hobbes dan John Locke.

Maka ketika rancangan pengembangan BFM melangkaui Lembah Klang, adalah wajar ditanya: Adakah rakyat Malaysia yang lain turut berminat dengan campuran berita, pandangan dan analisisnya?

Tentunya, fokusnya dalam bahasa Inggeris pada masa ini mengehadkan capaian stesen itu, walaupun Malek bercakap dengan bersemangat tentang sambutan besar yang diterima pada satu-satunya program bahasa Melayunya.

Bolehkah kebijaksanaan dan keterbukaan BFM yang tidak diragukan terhadap idea yang bersaing dapat rnenarik khalayak di Kluang, Ipoh, Alor Star, Sandakan dan Miri? Dan sejauh manakah kejayaan jangka panjang Pakatan membolehkan peluasan terhadap demografi ini selepas berdekad sikap authoritarian dari atas ke bawah?

Ketika mana masa akan menentukan, saya akan setakat ini berkata begini: Jika ia dapat memecahkan kepompong Lembah Klang, maka saya beri sokongan penuh

Tidakkah kita semuanya patut menyokong?

Mampukah kecerdasan dan keterbukaan BFM dalam mengetengahkan idea berdepan dengan keadaan di Lembah Klang? Bolehkah ia memenangi hati pendengar di Kluang, Ipoh, Alor Star, Sandakan dan Miri? - Joe Kit Yong/Ceritalah


*Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI