Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini, Mohd Aiman Khairil Anuar yakin di sebalik kesulitan mengalami cacar air semasa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti ia memberi hikmah kepadanya.
Mohd Aiman, 17, berkata beliau yang mengalami penyakit itu sejak seminggu lalu tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan tersebut.
"Pada mulanya saya khuatir ia akan menggangu konsentrasi sewaktu menduduki peperiksaan, tapi alhamdulillah setakat pagi tadi semuanya nampak baik.
"Mungkin ini dugaan buat saya, tetapi saya percaya berkat doa orang tua, guru dan usaha, saya boleh lakukan yang terbaik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di SMK Anderson di sini hari ini.
Mohd Aiman berkata dengan keadaan kesihatannya itu, dia tidak dibenarkan menduduki peperiksaan SPM bersama pelajar lain, namun ia memberi kelegaan buatnya.
"Disebabkan saya mengalami cacar air, saya perlu dikuarantin kerana bimbang dijangkiti calon lain. Walaupun terasing saya rasa selesa dan kurang rasa gugup," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari meluangkan masa melawat calon SPM di sekolah berkenaan.
Beliau berkata seramai 36,072 calon yang menduduki SPM tahun ini melibatkan 33,916 calon sekolah dan 2,156 calon persendirian.
Katanya, daripada jumlah itu seramai tiga calon menduduki peperiksaan di hospital iaitu seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan dua di Hospital Taiping.
Sebanyak 325 pusat peperiksaan di negeri ini dibuka iaitu 291 di sekolah manakala 34 lagi membabitkan pusat persendirian, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
Mohd Aiman terpaksa dikuarantinkan di bilik asing ketika menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, hari ini. --fotoBERNAMA
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trivia: Ini 5 wabak paling dahsyat dalam sejarah manusia
Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas.